Pages

Thursday 11 July 2013

Hatiku Milik-Mu :)

 
Sekarang umur aku hampir 19 tahun. Semakin aku mendalami ilmu agama, mencari realiti hidup ini, aku sebenarnya sudah jatuh hati pada seseorang. Mungkin, suka. Belum lagi cinta. Aku abaikan sahaja perasaan itu. Lelaki itu bagiku memang amat istimewa. Sebab aku dan dia berkawan. Dia selalu bertanya soalan yang berkaitan dengan agama padaku. Kadang-kadang, aku juga begitu. Aku sering dan sentiasa cuba untuk tidak terlalu rapat dengannya. Sebenarnya, dia sudah ada insan istimewa di hatinya. Aku cuba untuk menyedarkannya. Aku suka dengar dia menyempaikan dakwah dan menasihat serta memberi maklumat baru tentang agama kepada ku tatkala kami OTP. Ya! Aku suka! Sampai kadang-kadang, aku termimpikan dia. Aku malas nak layan perasaan tu. Lagipun. Aku masih belum bersedia! Masih jahil agama!
Aku biarkan saja. Tetepi perasaan itu seakan masih ada. Hari tu, dia ada cerita kepadaku tentang buah hatinya. Dia benar-benar serius mungkin. Ya Allah! Aku tahu, rasa ini perit. Namun, tak sanggup aku nak luahkan. Aku tak nak mengecewakan sahabatku sendiri. Aku tak nak dilabel perampas. So, aku abaikan dan terus abaikan. Aku terus berusaha mensolehahkan diriku. Aku percaya, Dia sudah menciptakan seseorang khas untukku. Aku sangat yakin, bahawa ada si dia yang tercipta untukku. Ya! Bukan mudah nak hapuskan rasa suka dan sayang yang pernah bertakhta dalam diam. Namun, lama kelamaan, makin aku biarkan, abaikan, ianya semakin berlalu. Apa ubatnya?? Aku cuba rajin dan sibukkan diri dengan kerja-kerja ibadah. Aku percaya dengan janji-Nya. ^^

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)….” (Surah An-Nur : 26)

No comments:

Post a Comment